Cara Atasi Memori Telefon Penuh (1)

AVDStorage

Memori telefon penuh disebabkan beberapa faktor:

  1. Memuat turun banyak aplikasi
  2. Penggunaan data aplikasi yang tinggi
  3. Video, muzik dan gambar yang banyak disimpan

Cara atasi:

1. Uninstall aplikasi yang tak digunakan.

 

2. Clear storage app di telefon.  Biasanya penggunaan data Facebook agak tinggi. Boleh clearkan data Facebook. Settings – Storage – Apps – Facebook – Clear Data. (Nota, selepas buat yang ni, kita kena login semula FB, pastikan ingat password FB terlebih dahulu)

Pilihan lain, Settings – Storage – Apps – pilih mana-mana aplikasi – Clear Cache 

 

3. Video, muzik dan gambar:

3.1. Simpan dalam memory card / external hard disk / thumbdrive

3.2. Simpan di laptop

3.3. Simpan dalam cloud storage seperti Google Drive, Dropbox, MediaFire dan lain-lain.

3.4. Selepas delete gambar dari telefon, satu lagi yang kita kena clearkan adalah di bahagian recycle bin. Video, gambar yang kita delete sebenarnya takla dibuang terus dari telefon. Masih tersimpan di recycle bin.

Jadi kosongkan juga di ruangan itu. Telefon jadi berat kerana video, gambar yang sama tersimpan di banyak tempat, di ruangan ‘Pictures’ bahagian Facebook, Instagram, Telegram, WhatsApp dan lain-lain.

Belum termasuk yang kita ‘send‘ lagi. Ada folder khas ‘send‘ juga setiap foto yang kita hantar melalui semua aplikasi media sosial yang kita install. Nak mudah sambungkan telefon ke laptop, cek di situ satu-persatu.

3.5. Tempat lain lagi yang boleh digunakan untuk simpan gambar dan video peribadi sebagai back up, yang selalu kita buka setiap hari ialah di Group FB. Caranya? Lihat gambar di bawah.

Cara bina FB Group:

  1. Tekan butang menu, scrool ke bawah, cari Create Group

Create FB Group 1

2. Tuliskan nama group, masukkan sekurang-kurangnya seorang di dalam group tersebut. Nak scroll nama, lambat, jadi taipkan saja nama di ruangan search seperti di nombor 2, kemudian tick kan nama tersebut. Untuk simpanan foto peribadi, pilihlah ahli keluarga terdekat untuk dimasukkan dalam group.

Create FB Group 2

 

3. Setkan Secret dan tekan Create.Create FB Group 3

 

4. Dah pun siap. Sekarang bolehlah simpan foto peribadi buat sementara di sini. Create FB Group 4

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *