Kenali Siapa Mereka

1. Suami
2. Bapa
3. Bapa mertua
4. Anak
5. Anak tiri
6. Adik-beradik
7. Anak saudara (dari adik-beradik lelaki)
8. Anak saudara (dari adik-beradik perempuan)
9. Wanita Islam
10. Hamba
11. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita
12. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita
13. Datuk, moyang dan ke atas
14. Cucu, cicit dan ke bawah
15. Bapa saudara, datuk saudara sebelah ibu / bapa
16. Suami ibu susuan
17. Adik-beradik susuan

Hanya dengan mereka inilah kita dibolehkan untuk tidak memakai tudung di hadapan mereka.

Adik-beradik ipar, sepupu-sepapat tidak termasuk dalam senarai. Perlu memakai tudung ketika mereka ada.

Terasa sukar? Tak mengapa, teruskan juga memakai tudung, kita buat kerana itu perintahNya, kewajipannya sama seperti kita bersolat 5 waktu.

Kita diberi ganjaran pahala sepanjang melakukannya. Juga diberikan balasan bila meninggalkannya.

Berdoa, berdoa dan terus berdoa supaya Allah beri kekuatan untuk kita ikut perintahNya.

Mula dulu, insyaAllah terasa nikmat bila kita boleh buat apa yang Allah suruh.

#jomtutupaurat

www.dqlate.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *