Guna WhatsApp di Komputer

Assalamualaikum, kali ini saya nak kongsi cara menggunakan WhatsApp di komputer.

1) Buka laman ini https://web.whatsapp.com/.  Akan keluar barcode seperti dalam foto di bawah.

Tick pada bahagian ‘Keep me signed in’ supaya tidak perlu sign in WhatsApp setiap kali kita guna komputer. Ni jika kita guna komputer peribadi. Jika guna komputer yang dikongsi ramai orang pun boleh juga, bersedialah WhatsApp kita dibaca semua orang.hehe

Cara guna whatsapp di komputer 1

 

2) Buka WhatsApp di telefon, tekan menu (3 titik), pilih WhatsApp Web.

Cara guna whatsapp di komputer 2

 

3) Scan barcode di laman yang kita buka tadi. Tunggu dia proses sebentar.

 

Cara guna whatsapp di komputer 3

4)  Ok, sekarang bolehlah kita guna whatsApp terus dari komputer.

Kelebihannya:

I) Boleh menaip dengan lebih cepat.

II) Kurangkan masalah tersilap ejaan yang berpunca daripada keypad telefon yang semakin mengecil di jari kita. =D

III) Yang paling penting, bila kita pergi ofis dan telefon tertinggal di rumah, kita masih lagi boleh guna WhatsApp, dengan syarat, telefon tidak terputus talian internet. hehehe

Cara-guna-whatsapp-di-komputer-5

 

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *