3 Tip Murah Rezeki

1) Pelihara solat 5 waktu.

“Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan balasan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah Thoha:132)

2) Bersedekah.

Bandingan derma orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti;
– sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
– tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas rahmat kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah Al-Baqarah: 261)

3) Berpagi-pagian mencari rezeki. 

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu padanya ada keberkatan dan kejayaan.”

(Riwayat at-Tabrani)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *