Asas Photoshop: Cara Menyimpan Fail

….sambungan dari artikel sebelum ini.

1) Untuk menyimpan hasil kerja kita, klik File -Save As

Cara-save-Adobe-Photoshop-1

 

2) Tuliskan nama fail dan save dalam 2 jenis format

I- .PSD seperti yang tertera. Kenapa perlu .PSD? Tujuannya senang untuk kita mengedit semula hasil kerja selepas ini.

II- Ulangi langkah (1) dan save pula dalam format JPEG.

Cara-save-Adobe-Photoshop-2

 

 

3) Jika mahu gunakan gambar untuk dimasukkan ke dalam website, boleh simpan dengan cara ini; File – Save For Web & Devices

Cara-save-Adobe-Photoshop-3

 

 

4) Pilihan jenis format ada di sebelah kanan seperti dalam foto ini.

Cara-save-Adobe-Photoshop-4

 

5) Boleh pilih kualiti untuk gambar kita sama ada low, medium, high dll. Untuk lihat perbezaan, tengok hasil yang kita buat sebelah kiri foto ini.

Cara-save-Adobe-Photoshop-5

 

6) Ini hasilnya yang kita save tadi.

Cara-save-Adobe-Photoshop-6

 

 

7) Mesti ada yang tertanya-tanya apa beza gambar yang kita simpan guna format JPEG di Save As dan Save For Web & Devices.

Bezanya boleh lihat di bawah ini, saiz fail Save For Web & Devices (sebelah kanan) lebih kecil berbanding save cara biasa. Sesuai untuk dimasukkan dalam website atau mahu di share di Whatsapp, Telegram, MMS dll supaya lebih ringan dan menjimatkan penggunaan data internet.

Beza-Save-as-dan-Save-for-Web-n-Devices-JPEG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *