CEK WARRANTY SEBELUM BAIKI HARDWARE

Sekiranya laptop mengalami kerosakan hardware (bukan disebabkan kecuaian sendiri), jangan terus tukar yang baru, ceklah warranty terlebih dahulu.

Kebanyakan laptop warrantinya selama setahun, namun, ramai pengguna tidak mengetahui ada sesetengah laptop, warranty yang diberikan adalah selama 2 atau 3 tahun.

Dan…ramai juga yang tidak mahu hantar ke servis centre kerana kehilangan resit pembelian dan tidak tahu adakah laptop masih dalam warranty atau sudah tamat tempoh.

Tahukah anda, ada caranya untuk kita cek warranty laptop secara online?

Di bawah ini saya letakkan pautan untuk cek warranty bagi beberapa jenama laptop:
Acer
HP Compaq
Toshiba
Lenovo
Dell

Masukkan 'serial number (S/N)', atau 'product number' sebagaimana yang diminta. Ia ada ditampal di sticker belakang laptop kita.

Boleh lihat contoh pada foto di bawah.

 

Jika anda tinggal di sekitar Lembah Klang, anda boleh menghantarnya ke Low Yat tingkat empat, kebanyakan pusat servis berada di situ.

Manakala berita baik untuk pengguna laptop Dell, anda tidak perlu ke pusat servis untuk menghantar laptop. Cukup dengan menghubungi pihak Dell, mereka akan menghantar technician ke tempat anda. Mudah bukan?

Bagi mereka yang kehilangan resit tetap boleh menghantar laptop yang masih ada warranty ke servis centre. Mereka akan scan barcode yang terdapat di belakang laptop kita.

Oleh sebab itulah, dalam artikel sebelum ini saya ada melarang anda menampal sticker  di atas sticker asal, yang boleh melindungi info yang terdapat di belakang laptop.

Satu lagi pesanan saya, jangan sesekali anda buka cover laptop dan cuba baiki sendiri terlebih dahulu apa yang rosak jika anda berhajat untuk hantar warranty, dikhuatiri warranty anda dibatalkan (avoid warranty) kerana terdapat kesan anda telah membaikinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *