Cara Menghilangkan Anak Panah Icon Desktop

Cuba perhatikan gambar di atas, perasan tak pada setiap icon desktop tersebut terdapat tanda anak panah?

Adakah icon desktop anda begini juga?

Jika ya, jangan risau kerana ia bukanlah tanda komputer diserang virus. Ia adalah tanda icon short cut.

Nak tahu cara untuk menghilangkannya?

Mari ikuti langkah ini.

(Contoh bagi perisian Windows 7)

 

Klik START – pada 'Search programs and files'

 

Tuliskan regedit seperti foto di bawah, kemudian tekan ENTER

 

Klik butang segitiga (dalam bulatan merah) di tepi HKEY_CLASSES_ROOT

 

Skrol ke bawah, KLIK perkataan lnkfile ( LNKFILE )  di sebelah kiri, kemudian KLIK perkataan IsShortcut di sebelah kanan seperti foto di bawah dan delete IsShortcut.

 

Klik YES

 

Jadilah seperti foto ini….

 

Kemudian RESTART komputer anda.

Nah, inilah hasilnya! Tiada lagi tanda anak panah pada icon desktop.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *