Pasang External Ink di Printer

Ada rakan yang minta pendapat mengenai pemasangan external ink pada printer…

Secara peribadi dan berdasarkan pengalaman, pemasangan ink ini ada kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan:

1) Menjimatkan, dakwat lambat habis walaupun print dalam kuantiti yang banyak.

2) Refill murah.

3) Kos pemasangan yang rendah. 

Kekurangan:

Menimbulkan beberapa masalah seperti: 

1) Dakwat tidak masuk ke dalam tangki.

2) Pemasangan yang tidak sempurna menyebabkan dakwat tertumpah.

3) Agak rumit juga untuk pastikan dakwat sentiasa mengalir dengan baik ketika print.

4) Perlu pastikan ketinggian dakwat di bahagian kecil dalam tangki tersebut tidak melebihi ketinggian bahagian besar  (tempat ink dimasukkan). (Perhatikan gambar tangki yang penutupnya berwarna kuning di bawah ini… 2 bahagian pada tangki tersebut jelas kelihatan).

5) Saluran tersumbat.

6) Memerlukan kemahiran teknikal untuk mengatasi masalah ini.

7) Dakwat tumpah mengenai cip di printer. Kesannya printer tidak dapat berfungsi dan terpaksa menanggung kerugian lebih-lebih lagi sekiranya printer tersebut baru dibeli. 

8) Agak cerewet untuk di bawa ke sana ke mari. (terutamanya pelajar yang tinggal di asrama dan sentiasa berpindah bilik / rumah sewa). Pergerakan yang banyak boleh membuatkan dakwat tumpah dan kebocoran pada tiub.

Gambar ini menunjukkan external ink tank yang terpaksa dileraikan satu persatu kerana dakwat mengalir tidak sekata menghasilkan cetakan yang tidak sempurna. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *