sisfiza.com

Bismillahirrahmannirrahim…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepadaNya kerana dengan izinNya, Sis Fiza dapat melangkah setapak lagi dalam dunia IT ini dengan menggunakan domain sendiri… sisfiza.com.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada suami tercinta, atas segala usaha yang dilakukan. Beliaulah yang banyak membantu saya mengendalikan blog ini dan merupakan tempat rujukan sekiranya saya berdepan dengan masalah mengenai komputer.

Beliau juga yang sentiasa memberi dorongan supaya terus menulis di blog ini, dengan harapan agar dapat membantu orang lain dengan sedikit perkongsian ilmu yang ditimba sepanjang bekerja di kedai komputer ini.

Ya, saya cukup seronok dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang. Hari demi hari ada saja perkara baru yang dipelajari dan teruja untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.

Alhamdulillah, makin terasa akan nikmat dan hikmahnya apabila kita mohon petunjukNya, apakah pekerjaan yang terbaik untuk hambaNya ini. Allah telah memudahkan saya berada di jalan ini, meneruskan pekerjaan yang pernah diceburi oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W iaitu berniaga.

Memilih pekerjaan yang di luar bidang pengajian semasa di universti dulu memerlukan kesabaran dan keteguhan hati. Tidak dinafikan kadang-kadang pedih juga telinga apabila ditanya kenapa tak  jadi  cikgu je… kerja dengan kerajaan…masa depan pun terjamin. Allahu Akbar! Masa depan kita bukan kerajaan yang tentukan, tapi Allah yang menentukan. Selagimana kita berusaha, selagi itu Allah akan mudahkan perjalanan hidup kita.

Apabila ditanya apakah pekerjaan Rasulullah S.A.W dahulu, tiada seorang pun yang akan teragak-agak untuk menjawab Rasulullah S.A.W bekerja sebagai peniaga. Kita boleh menerima Rasulullah S.A.W adalah peniaga, kenapa kita tidak dapat menerima seandainya orang sekeliling kita terlibat dalam bidang perniagaan ini?

Puas hati dengan kerjaya ini sebab selama ini hanya ada teori sahaja mengenai berniaga ini kita kena amanah, jujur, bercakap benar, sabar melayan kerenah pelanggan yang pelbagai dan sebagainya. Tapi sekarang semua teori ini perlu dipraktikkan. Betullah apa yang selalu orang kata, bercakap mudah tetapi praktikalnya? Gembira berada di dunia praktikal. Sayaa tidak mahu hanya sekadar bercakap tetapi biarlah mampu dilakukan apa yang diucapkan sebab telinga kita sendirilah yang paling dekat dengan ucapan kita.

Istikharah inilah  yang menjadi sumber kekuatan kepada Sis Fiza sekarang. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas segala nikmatMu yang tidak ternilai ini. Sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.

This article has 2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *