Simpan CD

Untuk permulaan, Sis Fiza ingin pesan kepada rakan sekalian supaya simpan semua CD yang diberikan semasa membeli laptop / desktop / printer. Biasanya pembeli akan dibekalkan CD driver, CD Windows  (sekiranya anda menggunakan Windows original) &  installer printer.
 
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu disimpan? Penting sangat ke? Jawapannya…Ya, penting! Andainya komputer anda mengalami masalah dan perlu diformat semula, CD-CD terutama CD driver sangat penting untuk memastikan komputer anda dapat digunakan seperti sediakala.

Setiap 'hardware' seperti speaker, webcam, dan sebagainya yang disediakan, perlu ada pemandu untuk memacu 'hardware' tersebut barulah ia boleh digunakan. Umpama sebuah kereta, kalau tiada pemandu, kereta tidak boleh bergerak. Begitu jugalah komputer kita.

Ok, setakat ini sahaja untuk tips pertama dari Sis Fiza. Jadi, bolehlah cari sekarang di mana CD-CD itu berada dan simpan ia baik-baik.

Windows-Vista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *